Aku, TUHAN, telah berfirman. Hal itu akan terjadi dan akan Kulaksanakan. Aku tidak akan melalaikannya, tidak akan berasa hiba, dan tidak akan berbelas kasihan. Engkau akan dihakimi menurut kelakuanmu dan perbuatanmu, demikianlah firman Tuhan ALLAH.’  Yehezkiel 24:14 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Dihakimi menurut kelakukanmu dan perbuatanmu" TUHAN berfirman lagi kepada nabi Yehezkiel pada tahun kesepuluh mungkin tahun itu dikira ketika mereka dibuang di Babel, pada tahun itu jugalah Babel mengepung lagi Yerusalem sebab raja Zedekia memberontak kepada raja Babel. Semua itu berlaku sebab hukuman TUHAN kepada penduduk Yerusalem dan Yehuda yang telah lama berbuat dosa, hukuman itu sesuai kelakukan dan perbuatan mereka. Tuhan Yesus juga akan datang menghakimi manusia menurut perbuatan mereka (Wahyu 22:12). Mari kita belajar berhati-hati kerana TUHAN menghakimi menurut kelakukanmu dan perbuatanmu. Kaamatan bercakap tentang mengawal diri supaya kelakukan dan perbuatan terhormat dipandang orang. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 18.5.2024.

Comments

Popular Posts