Mereka akan menghiburkan kamu ketika kamu melihat tingkah laku dan tindak-tanduk mereka. Maka kamu akan tahu bahawa bukan tanpa alasan Kulakukan segala sesuatu yang telah Kuperbuat atasnya, demikianlah firman Tuhan ALLAH.’  Yehezkiel 14:23 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bukan tanpa alasan" TUHAN berfirman kepada nabi Yehezkiel bahawa apabila hukuman terjadi di Yerusalem sebab kejahatan mereka akan ada juga yang terselamat, antaranya anak-anak kecil, tingkalau mereka itulah yang dapat menghiburkan rakyat yang terselamat, mereka tidak tahu apa-apa, hanya bermain dan bergembira walaupun perang baru habis. Tuhan Yesus selalu memberi kita penghiburan di tengah kesusahan kita, melalui orang lain atau ada sesuatu yang mengembirakan kita. Kalau tidak siapakah dapat bertahan hidup dalam kesusahan. Mari kita belajar semua yang berlaku bukan tanpa alasan TUHAN lakukan. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 8.5.2024.

Comments

Popular Posts