Firman-Nya kepadaku, “Wahai anak manusia, tulang-tulang ini ialah seluruh keturunan kaum Israel. Sesungguhnya, mereka sendiri berkata, ‘Tulang-tulang kami sudah kering dan harapan kami sudah lenyap. Kami sudah habis.’ Oleh sebab itu bernubuatlah dan katakan kepada mereka: Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Ketahuilah, Aku akan membuka kubur-kuburmu dan membangkitkan kamu dari situ, wahai umat-Ku. Akan Kubawa kamu ke Tanah Israel.” Yehezkiel 37:11-12 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tulang-tulang" TUHAN membawa nabi Yehezkiel dalam satu penglihatan berada di lembah yang penuh tulang manusia (ay.1), tulang-tulang itu ibarat harapan bangsa Israel yang sudah terkubur selepas negara mereka musnah. Tetapi TUHAN menghidupkan semula tulang-tulang itu ibarat menghidupkan semula harapan bangsa Israel kembali ke negara mereka. Tuhan Yesus sudah bangkit dari kematian simbolik harapan dari satu kejatuhan paling rendah dalam hidup kita dan bangkit lagi. Keputusan SPM ada yang menerima keputusan seperti tulang-tulang kering tetapi di dalam Tuhan Yesus pasti ada harapan. Mari kita belajar tulang-tulang kering pun masih ada harapan dihidupkan oleh TUHAN. Kaamatan berbicara tentang berkat dari TUHAN menghidupkan ladang-ladang kering. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 31.5.2024. Kotobian tadau tagazo do Kaamatan.

Comments

Popular Posts