Engkau sombong kerana kecantikanmu.
Kebijaksanaanmu kaurosakkan demi kegemilanganmu.
Aku mencampakkan engkau ke bumi,
Aku menyerahkan engkau ke hadapan raja-raja untuk menjadi tontonan mereka.
Yehezkiel 28:17
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita berlajar tentang "Sombong kerana kecantikan" Firman TUHAN datang lagi kepada nabi Yehezkiel kali ini nubuatan kepada raja Tirus, dalam masa yang sama berkata-kata tentang malaikat yang memberontak kepada TUHAN (ay. 14-15), raja Tirus dalam masa sama bermaksud malaikat yang memberontak menjadi sombong kerana kecantikan dan kebijaksanaannya. Tuhan Yesus walaupun memiliki kesetaraan dengan TUHAN tidak menjadi sombong malah mengosongkan diri menjadi seperti hamba dan menjadi manusia (Fil 2:7). Mari kita belajar tidak menjadi sombong kerana kecantikan atau kebijaksanaan sebab itu adalah kurnia TUHAN. Kaamatan mengajar kita supaya tidak menjadi sombong kerana kecantikan dan kebijaksanaan. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
Selamat Hari Wesak kepada yang merayakan.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment