Yeremia 52:12-14 (AVB) Dalam tahun kesembilan belas zaman pemerintahan Raja Nebukadnezar, raja Babel, tepatnya pada hari kesepuluh dalam bulan kelima, datanglah Nebuzaradan, kepala pasukan pengawal yang melayani raja Babel, ke Yerusalem. Dia membakar Bait TUHAN, istana raja, dan semua rumah di Yerusalem. Setiap rumah yang besar dibakarnya habis. Kemudian seluruh pasukan orang Kasdim yang menyertai ketua pasukan pengawal itu merobohkan tembok di sekeliling Yerusalem. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Membakar bait TUHAN, istana raja dan semua rumah" Pada zaman pemerintahan Zedekia raja Yehuda sekali lagi raja Babel datang menyerang Yerusalem sebab raja Zedekia memberontak, kali ini tembok dan bait TUHAN dihancurkan dan dibakar, raja Zedekia dibutakan dan dikurung di Babel, 3023 orang buangan dibawa ke Babel kemudian bertambah lagi beberapa waktu menjadikan 4600 orang semua (ayat 30). Sejak itu tiada lagi kerajaan Yehuda yang diperintah oleh keturunan raja Daud sehingga sekarang kemudian diambil alih oleh Tuhan Yesus keturunan raja Daud kerajaan-Nya bukan kerajaan dunia tetapi kerajaan syurga sehingga hari ini. Kiranya kita belajar tiada satu kerajaan kekal di dunia kelak ada kuasa yang membakar bait TUHAN, istana raja dan semua rumah bila tiba waktu penghukuman TUHAN kerana kejahatan manusia yang ada di sana. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 19.4.2024.

Comments

Popular Posts