Yeremia 38:19-20 (AVB) Kata Raja Zedekia kepada Yeremia, “Aku khuatir kepada orang Yehuda yang telah membelot kepada orang Kasdim. Jangan-jangan aku diserahkan ke dalam tangan mereka lalu mereka mempermainkan aku.”
Jawab Yeremia, “Mereka tidak akan menyerahkan engkau. Patuhilah TUHAN dalam hal yang kusampaikan kepadamu, maka keadaanmu akan baik dan nyawamu akan terpelihara.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mereka mempermainkan aku" Raja Zedekia mula mempercayai nasihat nabi Yeremia supaya menyerah diri kepada orang Kasdim, tetapi dia takut dipermainkan oleh rakyatnya sendiri yang membelot kepada orang Kasdim. Tuhan Yesus dipermainkan oleh orang Yahudi sendiri dan para pemimpin agama mereka serta rakyat yang melihat-Nya. Ada ketika dipermainkan oleh orang lain tidak dapat dielakan, terutama apabila ada salah faham atau memang dengki kepada kita. Itulah risiko menyampaikan kebenaran firman TUHAN. Mari kita belajar supaya tidak takut mereka mempermainkan aku kerana menyampaikan kebenaran firman TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 5.4.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment