Yehezkiel 5:1-2 (AVB) Engkau, wahai anak manusia, ambillah sebilah pedang yang tajam dan gunakanlah pedang itu sebagai pisau cukur tukang gunting untuk mencukur rambutmu dan janggutmu. Kemudian ambillah neraca timbangan dan bahagi-bahagilah rambut itu. Sepertiga harus kaubakar habis di tengah-tengah kota itu setelah genap waktu pengepungannya. Sepertiga harus kauambil dan kautetak dengan pedang sambil mengelilingi kota itu. Sepertiga lagi harus kauhamburkan ke udara, dan Aku akan menghunus pedang di belakang mereka. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mencukur rambutmu dan janggutmu" Kali ini TUHAN menyuruh nabi Yehezkiel mencukur rambut dan janggutnya kemudian ditimbang dibagi kepada tiga bahagian, sepertiga dibakar di dalam replika kota Yerusalem, sepertiga ditekak luar kota dan sepertiga lagi dihambur ke udara di tetak oleh pedang TUHAN. Semua ini gambaran bagaimana hukuman TUHAN kepada penduduk Yerusalem, sebahagian mati kebuluran dan wabak dalam kota, sebahagian mati kerana pedang di luar kota dan sebahagian tersebar ke segala arah. Tuhan Yesus sudah memberi kita cukup waktu untuk memilih Dia berbanding kejahatan. Mari kita belajar mencukur rambutmu dan janggutmu ingat hukuman TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 29.4.2024.

Comments

Popular Posts