Yeremia 43:5-7 (AVB) Lalu Yohanan anak Kareah dan semua panglima pasukan membawa seluruh saki-baki orang Yehuda yang telah kembali dari semua negeri, tempat mereka terhalau untuk tinggal sebagai pendatang di Tanah Yehuda –
iaitu lelaki, perempuan, kanak-kanak, puteri-puteri raja, dan semua orang yang telah ditinggalkan oleh Nebuzaradan, kepala pasukan pengawal itu, dengan Gedalya anak Ahikam anak Safan. Nabi Yeremia dan Barukh anak Neria juga dibawa mereka sekali.
Mereka tidak mahu mematuhi TUHAN dan tetap pergi ke Tanah Mesir. Maka sampailah mereka ke Tahpanhes.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Pergi ke tanah Mesir" Pemimpin dan rakyat tidak mahu percaya kata-kata nabi Yeremia supaya tetap tinggal di Yehuda, pergilah mereka dan membawa bersama nabi Yeremia dan Barukh. Mereka lebih takut orang Kasdim daripada TUHAN yang melarang jangan pergi ke Mesir. Tuhan Yesus semasa Dia masih bayi pernah pergi ke Mesir atas perintah TUHAN kepada ibubapa-Nya. Mesir selalu menjadi tempat pelarian orang Israel, orang Israel sendiri pernah berada di Mesir. Mari kita belajar jangan pergi ke tanah Mesir kalau bukan perintah TUHAN, apa pun tindakan jangan lakukan kalau bukan perintah TUHAN walaupun kelihatan baik. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 10.4.2024.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada rakan muslim kita.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment