Yeremia 50:12-13 (AVB) maka ibumu akan menjadi sangat malu, dia yang melahirkan kamu akan mendapat cela. Lihat, dia akan menjadi yang terakhir daripada bangsa-bangsa – suatu padang tandus, tanah gersang, dan gurun.
Kerana murka TUHAN, tanah itu tidak akan dihuni lagi, melainkan akan menjadi tempat yang sunyi sepi belaka. Setiap orang yang melintasi Babel akan tercengang dan melontarkan cemuh kerana segala hukumannya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Sunyi sepi belaka" TUHAN menghukum Babel menjadi tempat yang sunyi sepi, sekarang tempat itu dalam negara Iraq. Babel tidak dipulihkan oleh TUHAN berbanding Moab dan Amon, mungkin juga orang Kasdim yang disebut yang membina kerajaan Babel pun pupus di muka bumi, seperti orang Filistin yang disebut dalam Perjanjian Lama. Tuhan Yesus membuat gereja-Nya tidak sunyi sepi bukan sebab kekuatan jemaah dan boleh juga sebaliknya. Mari kita belajar melakukan kehendak TUHAN supaya gereja kita tidak sunyi sepi belaka setiap minggu. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 17.4.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment