Yeremia 46:25-26 (AVB) TUHAN alam semesta, Allah Israel, berfirman, “Sesungguhnya, Aku akan menjatuhkan hukuman atas Dewa Amon dari Tebe, atas Firaun, atas Mesir, atas dewa-dewanya, dan atas raja-rajanya – atas Firaun dan atas orang yang bergantung kepadanya. Aku akan menyerahkan mereka ke dalam tangan orang yang mengancam nyawa mereka, iaitu ke dalam tangan Nebukadnezar, raja Babel, dan ke dalam tangan para pegawainya. Tetapi kemudian negeri itu akan didiami seperti pada zaman dahulu,” demikianlah firman TUHAN. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Hukuman ke atas dewa dan Firaun" TUHAN memberi amaran hukuman kepada dewa, Firaun dan orang yang bergantung kepadanya, melalui Nebukadnezar raja Babel orang Kasdim itu. TUHAN mahu rakyat bergantung kepada-Nya bukan kepada Mesir. Tuhan Yesus mahu kita berharap dan bergantung hidup kepada-Nya bukan kepada dewa, kerajaan atau perdana menteri kita. Mari kita belajar tidak bergantung kepada dewa dan Firaun kerana hukuman kepada dewa dan Firaun TUHAN akan ditimpakan kepada mereka. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 13.4.2024.

Comments

Popular Posts