Yehezkiel 3:18-19 (AVB) Kalau Aku berfirman kepada orang fasiq, “Engkau pasti mati,” dan engkau tidak menasihati dia atau berbicara mengingatkan orang fasiq itu tentang jalan hidupnya yang fasiq supaya dia tetap hidup, maka orang fasiq itu akan mati kerana dosanya, tetapi darahnya akan Kutuntut daripadamu. Sebaliknya, kalau engkau mengingatkan orang fasiq itu, dan dia tidak juga berbalik daripada kefasiqannya atau daripada jalan hidupnya yang fasiq, maka dia akan mati kerana dosanya, tetapi engkau telah menyelamatkan nyawamu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mengingatkan orang fasiq" TUHAN berfirman kepada nabi Yehezkiel bahawa dia dilantik menjadi penjaga orang buangan dan mengingatkan dosa -dosa supaya mereka bertaubat. Bukan mudah nengingatkan orang lain, ahli keluarga sendiri pun susah. TUHAN sudah ingatkan nabi Yehezkiel kalau orang fasiq meninggal tanpa diberi peringatan nyawa mereka dituntut kepada nabi Yehezkiel tetapi kalau sudah diingatkan tidak dituntut lagi. Tuhan Yesus sudah memberi peringatan supaya kita bertaubat, nyawa kita tanggungjawab kita. Mari kita belajar mengingatkan orang fasiq supaya nyawa mereka tanggungjawab mereka. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 27.4.2024.

Comments

Popular Posts