Yeremia 51:63-64 (AVB) Setelah engkau selesai membaca kitab ini, ikatkanlah sebuah batu padanya lalu campakkannya ke tengah-tengah Sungai Efrat.
Kemudian katakanlah, ‘Begitulah Babel akan tenggelam dan tidak akan timbul lagi, kerana malapetaka yang Kudatangkan kepadanya. Mereka akan menjadi lemah longlai.’” Sampai di sinilah kata-kata Yeremia.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Babel akan tengelam dan tidak akan timbul lagi" Kata nubuatan kepada Babel yang ditulis oleh Yeremia dibacakan di Babel oleh Seraya anak Neria mungkin adik beradik dengan Baruk anak Neria, tidak disebut dibaca di depan raja Babel atau kepada orang buangan Yehuda saja. Pada waktu itu tiada tanda-tanda kerajaan Babel mula lemah. Itulah kedaulatan TUHAN, boleh mengangkat satu kerajaan dan meruntuhkan kerajaan. Tuhan Yesus pendiri kerajaan TUHAN di bumi dua ribu tahun yang lalu, masih ada sehingga hari ini, kitalah warga kerajaan itu. Mari kita belajar Babel akan tengelam dan tidak akan timbul lagi iaitu kerajaan dunia yang sombong hari ini. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 18.4.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment