Yeremia 45:2-3, 5 (AVB) “Beginilah firman TUHAN, Allah Israel, kepadamu, wahai Barukh! Engkau telah berkata, ‘Malangnya aku kerana TUHAN telah menambahkan dukacita pada penderitaanku! Aku penat berkeluh-kesah dan tidak mendapat ketenteraman.’” Haruskah kaucari bagi dirimu hal-hal yang besar? Jangan mencarinya. Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan malapetaka atas semua manusia, demikianlah firman TUHAN, tetapi nyawamu akan Kukurniakan seperti barang jarahan bagi dirimu sendiri ke mana-mana pun engkau pergi.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Hal-hal yang besar" Ketika raja Yoyakim anak Yosia membakar satu persatu gulungan pesanan TUHAN kepadanya yang ditulis oleh Barukh atas perkataan nabi Yeremia, dia sangat tertekan, tetapi TUHAN menegur dia sebab dalam hati Barukh ada niat mengajar hal-hal yang besar. Mungkin Barukh mahu raja memberi sesuatu kepadanya tetapi sebaliknya yang terjadi. Tuhan Yesus memanggil kita dalam pelayanan sebagai hamba bukan mengejar hal-hal yang besar. Mari kita belajar tidak mengejar hal-hal yang besar dalam pelayanan. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 12.4.2024.

Comments

Popular Posts