Yeremia 37:11-13 (AVB) Setelah pasukan orang Kasdim mundur dari Yerusalem untuk menghindari pasukan Firaun, keluarlah Yeremia dari Yerusalem untuk pergi ke Tanah Benyamin. Dia bermaksud menerima bahagian pusakanya di situ, di tengah-tengah kaumnya. Ketika dia sampai di Pintu Gerbang Benyamin, seorang kepala penjaga bernama Yeria anak Selemya anak Hananya menangkap Nabi Yeremia sambil berkata, “Engkau hendak membelot kepada orang Kasdim.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menerima bahagian pusaka" Setelah orang Kasdim beredar dari mengepung kota Yerusalem kerana Mesir datang memberi bantuan kepada Yehuda, nabi Yeremia pergi ke kampung halamanya di tanah Benyamin untuk mendapatkan bahagian pusakanya, tetapi sebaliknya dia ditangkap pula dan dipenjarakan di sana. Kampung halaman boleh jadi bukan tempat selamat bagi kita, Tuhan Yesus juga mengalami pengalaman seperti itu ditolak malahan mahu dibunuh oleh orang kampung-Nya sendiri (Lukas 4:28-30). Jauh sekali menerima bahagian pusaka. Mari kita belajar menerima bahagian pusaka di kampung halaman mungkin ditolak tetapi jangan sampai tidak menerima bahagian pusaka di syurga. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 4.4.2024.

Comments

Popular Posts