Kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN ketika orang mereka yang terbunuh itu rebah di antara berhala di sekitar mazbah-mazbah mereka, di setiap bukit yang tinggi, di semua puncak gunung, di bawah setiap pokok yang rimbun, dan di bawah setiap pokok oak yang rendang — tempat mereka mempersembahkan bauan harum kepada segala berhala mereka. Aku akan menghulurkan tangan-Ku untuk melawan mereka. Akan Kujadikan negeri mereka sunyi sepi dan tandus mulai gurun sampai ke Ribla, di mana-mana pun mereka tinggal. Maka mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN.’  Yehezkiel 6:13-14 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Di semua puncak gunung" TUHAN menyuruh nabi Yehezkiel bernubuat kepada gunung-gunung di Israel (ayat 1-2), setiap puncak bukit, gunung dan pokok rendang semuanya dibuat pemujaan oleh orang Israel. Mereka melupakan TUHAN, inilah yang membuat TUHAN murka kepada mereka dan mengancam hukum akan mencampakkan mayat mereka di tempat berhala mereka (ayat 5). Tuhan Yesus ialah TUHAN kita tidak boleh ditukar ganti dengan tuhan yang lain, perbuatan itu sama dengan orang Israel menyembah tuhan yang lain, TUHAN murka. Mari kita belajar bahawa di semua puncak gunung, bukit dan pokok rendang kita menyembah TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 30.4.2024.

Comments

Popular Posts