Yeremia 40:2-3 (AVB) Kepala pasukan pengawal itu mengambil Yeremia dan berkata kepadanya, “TUHAN, Allahmu, telah mengancamkan malapetaka ini terhadap tempat ini.
Sekarang TUHAN telah melaksanakannya dan bertindak selaras dengan firman-Nya. Kerana kamu telah berdosa terhadap TUHAN dan tidak mahu mematuhi-Nya, maka hal ini terjadi kepada kamu.
Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kerana kamu telah berdosa" Nabi Yeremia dibebaskan oleh ketua pasukan pengawal yang bernama Nebuzaradan, dia berkata kepada nabi Yeremia bahawa TUHAN telah mendatangkan malapetaka ini sebab kamu telah berdosa terhadap TUHAN. Nebuzaradan lebih percaya daripada raja, para pembesar dan rakyat di Yehuda sedangkan dia orang asing yang tidak diberi pesan oleh nabi Yeremia. Tuhan Yesus melalui para hamba-Nya memberitakan pertaubatan dengan melakukan perbuat kasih. Mari kita belajar seperti Nebuzaradan percaya kepada TUHAN sebab kamu telah berdosa terhadap TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 7.4.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment