Yeremia 36:23-25 (AVB) Setiap kali Yehudi membaca tiga empat lajur, raja mencabik-cabiknya dengan pisau raut dan mencampakkannya ke dalam api di perdiangan itu, sampai seluruh gulungan itu habis dimakan api di perdiangan itu. Raja dan para pegawainya yang mendengar segala firman itu tidak berasa takut dan tidak mengoyakkan pakaian mereka. Sebenarnya Elnatan, Delaya, dan Gemarya mendesak raja supaya tidak membakar gulungan itu, tetapi raja tidak mendengar mereka. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Membakar gulungan pesan TUHAN" Raja Yoyakim anak Yosia raja Yehuda tidak mendengar teguran TUHAN melalui tulisan dalam gulungan yang dibacakan kepadanya, malah dia membakar habis gulungan itu perlahan-lahan selepas baris demi baris dibacakan. Walaupun diingatkan oleh para pegawai supaya raja tidak membakar tetapi raja tidak mahu mendengar, bukan itu saja raja mengarahkan supaya Baruk jurutulis dan nabi Yeremia ditangkap. Tuhan Yesus telah memberikan kepada kita Alkitab untuk menegur sikap jahat manusia, tetapi ramai yang tidak mahu percaya. Mari kita belajar supaya tidak membakar gulungan pesan TUHAN iaitu Alkitab tetapi baca dan percayalah pesanan itu Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 3.4.2024.

Comments

Popular Posts