Yeremia 41:1-2 (AVB) Pada bulan ketujuh datanglah Ismael anak Netanya anak Elisama, yang berketurunan raja dan seorang pembesar raja, berserta sepuluh orang menghadap Gedalya anak Ahikam di Mizpa. Ketika mereka sedang makan roti bersama-sama di Mizpa, tiba-tiba Ismael anak Netanya dan kesepuluh orang yang ada bersamanya menyerang Gedalya anak Ahikam anak Safan dengan pedang. Demikianlah Ismael membunuh orang yang diangkat raja Babel menjadi pembesar negeri itu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Ismael membunuh orang yang diangkat oleh raja Babel" Keadaan di Yehuda masih tidak aman, selepas kerajaan Yehuda runtuh pemerintahan keluarga raja Daud berakhir, dilantiklah Gedalya anak Ahikam menjadi pemerintah atas nama kerajaan Babel. Tetapi dibunuh pula oleh Ismael anak Netanya seorang berketurunan anak raja (tidak disebut dalam teks raja dari mana). Begitulah bumi Yehuda bergolak lagi, sebenarnya sejak kejatuhan pemerintahan keluarga raja Daud, Yehuda tidak pernah aman sehingga hari ini. Tuhan Yesus datang memberi kita damai sejahtera, bukan membangkitkan pergolakan yang merugikan semua pihak. Mari kita belajar tidak seperti Ismael membunuh orang yang diangkat oleh raja Babel. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 8.4.2024.

Comments

Popular Posts