Yeremia 47:1-2, 4 (AVB) Firman TUHAN datang kepada Nabi Yeremia mengenai orang Filistin, sebelum Firaun mengalahkan Gaza. Beginilah firman TUHAN, “Lihat, air meluap dari utara menjadi sungai yang menghanyutkan, meliputi negeri dan segala isinya, kota serta penduduknya. Manusia akan menjerit dan seluruh penduduk negeri akan meraung-raung kerana waktunya telah tiba untuk membinasakan semua orang Filistin dan untuk melenyapkan semua penolong yang masih tinggal di Tirus dan Sidon. Sesungguhnya, TUHAN akan membinasakan orang Filistin, saki-baki orang Pulau Kaftor. Kopivosihan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Membinasakan semua orang Filistin" TUHAN telah berfirman melalui nabi Yeremia bahawa Dia akan membinasakan semua orang Filistin. Watak orang Filistin tidak lagi muncul selepas pembuangan dari Babel, kisah di Perjanjian Baharu juga tidak ada, maksudnya mereka betul-betul lenyap di muka bumi oleh peperangan. Pada zaman Tuhan Yesus tidak ada watak orang Filistin, tetapi siapakah pula orang Filistin hari ini, mereka bukanlah orang Filistin yang disebut dalam Perjanjian Lama. Mari kita belajar bertaubat sebab TUHAN membinasakan semua orang Filistin kerana kejahatan mereka tidak mustahil berlaku kepada bangsa kita juga. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 14.4.2024.

Comments

Popular Posts