Yeremia 42:10-11 (AVB) ‘Jika kamu tetap tinggal di negeri ini, maka Aku akan membangunkan kamu dan tidak akan meruntuhkan kamu. Aku akan menanam kamu dan tidak akan mencabut kamu, kerana hati-Ku menyesal atas malapetaka yang telah Kudatangkan kepada kamu.
Jangan takut kepada raja Babel yang kamu takuti itu. Jangan takut kepadanya,’ demikianlah firman TUHAN, ‘kerana Aku menyertai kamu untuk menyelamatkan dan melepaskan kamu dari tangannya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Aku akan membangunkan kamu" Selepas pembesar yang dilantik oleh raja Babel mentadbir Yehuda di bunuh, rakyat yang tinggal di sana mahu pergi ke Mesir sebab takut raja Babel datang membunuh mereka, tetapi firman TUHAN melalui nabi Yeremia tidak mengizinkan, sebaliknya tetap tinggal di Yehuda sebab TUHAN berjanji membangunkan mereka. Tuhan Yesus membangunkan kita selagi tidak meninggalkan Dia, kita umpama ranting pokok anggur Tuhan Yesus adalah pokok anggur, ranting akan mati kalau terpisah daripada pokok (Yohanes 15:4-5). Mari kita belajar supaya tidak pergi ke Mesir tetaplah di Yehuda Aku akan membangunkan kamu kata TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 9.4.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment