Ratapan 1:1 (AVB) Betapa sunyinya kota itu, yang dahulu ramai penduduknya! Kini kota itu bagaikan seorang balu, padahal dahulu besar dalam kalangan bangsa! Ratu antara wilayah itu kini menjadi buruh paksa!
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Sunyi sepi" Kota Yerusalem yang dahulunya ramai sekarang sunyi sepi selepas dimusnahkan oleh Nebukadnezar mungkin kemusnahan yang ketiga yang maksudkan oleh penulis. Hukuman tidak dapat dielakan apabila ratusan tahun diingatkan oleh TUHAN melalui para nabi tetapi mereka tidak bertaubat malah semakin jahat. Begitulah gambaran hidup manusia semakin jahat, Tuhan Yesus sudah memberi jalan pertaubatan tetapi manusia masih memilih kejahatan. Mari kita belajar meninggalkan kejahatan sebelum sunyi sepi hati kita kerana hukuman TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 20.4.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment