Yehezkiel 4:1-2 (AVB) “Engkau, wahai anak manusia, ambillah sebuah batu bata, letakkanlah di depanmu, dan lukiskanlah Kota Yerusalem pada batu itu.
Kemudian buatlah kubu pengepung, binalah tembok pengepung, dan timbunlah tanggul pengepung kota. Lalu tempatkanlah perkhemahan tentera dan taruhlah alat-alat penggempuran di sekeliling kota itu.
Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tentang "Kubu pengepung" TUHAN menyuruh nabi Yehezkiel membuat replika kota Yerusalem dan kubu pengepung. Bagi memberi gambaran bahawa kota Yerusalem akan dikepung sehingga penduduk kota kebuluran, peristiwa itu terjadi lebih kurang tujuh tahun kemudian sebab Zedekia raja Yehuda tidak mahu bertaubat, tembok kota dan bait suci dimusnahkan.Tuhan Yesus sudah memberi kita pilihan mahu percaya kepada atau memilih untuk dihukum. Mari berlajar mendengar ancaman hukuman kerana replika kubu pengepung kota sudah dibina. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 28.4.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment