Yeremia 44:29-30 (AVB) Inilah tandanya bagimu, demikianlah firman TUHAN, bahawa Aku akan menghukum kamu di tempat ini supaya kamu tahu bahawa firman-Ku mengenai kamu pasti terlaksana demi kesusahanmu.
Beginilah firman TUHAN: Sesungguhnya, Aku akan menyerahkan Firaun Hofra, raja Mesir, ke dalam tangan musuh-musuhnya dan ke dalam tangan orang yang mengancam nyawanya, sebagaimana Aku telah menyerahkan Zedekia, raja Yehuda, ke dalam tangan Nebukadnezar, raja Babel, musuhnya yang mengancam nyawanya.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Firaun Hofra" Rakyat yang berhijrah ke Mesir bukan saja meninggalkan Yehuda mereka juga ikut membakar dupa kepada Ratu Langit, TUHAN menegur mereka melalui nabi Yeremia tetapi tidak mahu mendengar. Sebab itu ada ancaman hukuman oleh TUHAN kepada mereka dan juga Firaun Hofra pemerintahan Mesir pada masa itu. Tuhan Yesus juga pernah mengancam hukuman kepada kota-kota pada zaman-Nya kerana menolak Injil yang di sampai kepada mereka (Lukas 10:13-15). Mari kita belajar supaya tidak diancam bunuh oleh TUHAN seperti Firaun Hofra dan orang Yehuda di Mesir. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 11.4.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment