Ratapan 3:37-39 (TB) Siapa berfirman, maka semuanya jadi? Bukankah Tuhan yang memerintahkannya? Bukankah dari mulut Yang Mahatinggi keluar apa yang buruk dan apa yang baik? Mengapa orang hidup mengeluh? Biarlah setiap orang mengeluh tentang dosanya! Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Siapa berfirman, maka semua jadi? Kitab Ratapan nukilan penulis meratapi kehancuran kota Yerusalem, ia mengakui semua terjadi kerana kehendak TUHAN untuk menghukum kejahatan penduduk kota Yerusalem, dia percaya rahmat TUHAN akan memulihkan kota itu. Tuhan Yesus memilih kota Yerusalem sebagai pusat pemberitaan Injil supaya kota itu dipulihkan. Mari kita belajar meninggalkan kejahatan sebelum datang hukuman kerana siapa berfirman, maka semua jadi ialah TUHAN yang boleh menghukum dan memberkati kita sesuai kehendak-Nya. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 22.4.2024.

Comments

Popular Posts