“Sekarang kesudahan tiba bagimu
dan Aku akan melepaskan murka-Ku terhadapmu.
Aku akan menghakimi engkau menurut perilakumu
dan akan membalas segala kekejianmu kepadamu.
Aku tidak akan berasa hiba tentangmu, dan tidak akan berbelas kasihan.
Aku akan membalas kepadamu perilakumu
dan kekejian-kekejian yang ada di tengah-tengahmu.
Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.” ’
Yehezkiel 7:3-4
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini kita belajar tentang "Menghakimi engkau menurut perilakumu" Nabi Yehezkiel sekali lagi mendapat firman dari TUHAN, bahawa penghakiman TUHAN menurut perilaku orang Israel yang jahat, TUHAN tidak merasa hiba lagi kalau mereka dihukum. Terpulanglah kepada mereka mahu bertaubat atau tidak. Tuhan Yesus menghakimi kita menurut perilaku kita juga tidak perlu menunggu hari penghakiman sekarang sudah bermula, kita sendiri boleh melihat itu dalam pengalaman hidup kita, ini memberi peringatan supaya semua orang perlu bertaubat dari kejahatan. Mari kita belajar TUHAN menghakimi menurut perilakumu bertaubatlah sebelum dihukum. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 1.5.2024.
Selamat Hari Pekerja.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment