Yeremia 49:5-6 (AVB) Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan kengerian atasmu,” demikianlah firman Tuhan, Allah alam semesta, “daripada semua orang di sekelilingmu. Kamu akan dihalau, setiap orang ke arah hadapannya. Tidak ada yang mengumpulkan orang pelarian itu.
Tetapi setelah itu Aku akan memulihkan keadaan bani Amon,” demikianlah firman TUHAN.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Memulihkan keadaan bani Amon" Bani Amon adalah keturunan Lot seperti bani Moab (Kejadian 19:38), negara bani Amon sekarang ialah Jordan. Mereka juga dihukum oleh TUHAN kerana kejahatan mereka, tetapi akan dipulihkan. Ada beberapa kota purba yang disebut dalam Perjanjian Lama sama sekali dimusnahkan dan tidak dipulihkan tetapi ada yang dipulihkan, tidak disebut kenapa begitu, itulah kedaulatan TUHAN. Pada zaman Tuhan Yesus sehingga sekarang pemulihan kepada semua bangsa yang mahu menerima Tuhan Yesus. Mari kita belajar TUHAN memulihkan keadaan bani Amon iaitu kota, kampung, keluarga dan diri kita dengan menerima Tuhan Yesus sebagai TUHAN yang kita sembah. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 16.4.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment