2 Raja-Raja 9:35-36 (AVB) Mereka pergi untuk menguburkan dia, tetapi mayatnya tidak ditemui, kecuali tengkorak, kedua-dua belah kaki, dan kedua-dua telapak tangannya.
Mereka kembali memberitahu Yehu. Kata Yehu, “Memang begitulah firman yang disampaikan TUHAN dengan perantaraan hamba-Nya Elia, orang Tisbe itu, bunyinya, ‘Di wilayah Yizreel anjing akan memakan daging Izebel.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mayat Izebel dimakan anjing" Izebel menjadi penghasut keluarga raja Ahab menjadi jahat. TUHAN menghukum perempuan jahat itu seperti yang dikatakan melalui nabi Elia, bahawa mayatnya dimakan anjing. Tidak dapat dikuburkan sebab mayat sudah habis dimakan anjing. Tuhan Yesus berulang kali memanggil kita untuk meninggalkan kejahatan. Mari kita berubah supaya tidak seperti mayat Izebel dimakan anjing. Tahun baharu memerlukan individu yang meninggalkan kejahatan. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 30.12.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment