1 Raja-Raja 15:11-13 (AVB) Asa melakukan apa yang benar di mata TUHAN seperti Daud, leluhurnya. Dia mengusir pelacur kuil kaum lelaki dari negeri itu dan menyingkirkan segala berhala yang dibuat oleh leluhurnya. Bahkan dia juga memecat Maakha, neneknya, daripada kedudukan bonda permaisuri, kerana Maakha membuat patung kekejian bagi Asyera. Asa menebang patung keji itu dan membakarnya di Lembah Kidron. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, tahniah pasukan Argentina mara ke final selepas mengalahkan Croatia 2:0 sebentar tadi. Hari ini saya berkongsi tentang "Memecat bonda permaisuri" Raja Asa raja Yehuda melakukan apa yang benar di mata TUHAN, dia memecat bonda permaisuri neneknya sendiri. Sebab membina patung Asyera. Tuhan Yesus boleh saja memecat seseorang sebagi pemimpin kalau dia melakukan dosa. Mari kita berubah supaya memecat bonda permaisuri kalau dia melakukan dosa. Krismas memerlukan individu yang berani memecat orang berdosa. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 14.12.2022.

Comments

Popular Posts