2 Raja-Raja 6:22-23 (AVB) Jawabnya, “Jangan bunuh mereka. Apakah orang yang sudah kautawan akan kaubunuh dengan pedang serta panahmu? Hidangkanlah makanan dan minuman di hadapan mereka. Biarkan mereka makan dan minum, lalu pulang kepada tuan mereka.”
Maka raja menyediakan jamuan besar bagi mereka. Setelah mereka makan dan minum dilepaskannya mereka pergi, lalu mereka pun pulang kepada tuan mereka. Sejak itu gerombolan orang Aram tidak pernah datang lagi ke Tanah Israel.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, sejak petang kelmarin tidak ada bekalan elektrik dan liputan internet di kampung sehingga sekarang. Hari ini saya berkongsi tentang "Biarkan mereka makan dan minum" Raja Aram menghantar pasukan yang besar untuk menangkap Elisa, tetapi pasukan itu dibutakan oleh TUHAN. Kemudian Elisa membawa pasukan yang buta itu di kota Samaria di hadapan raja. Raja mahu membunuh mereka tetapi Elisa memberi tahu raja jangan bunuh tetapi biarkan mereka makan dan minum kemudian pulang kepada tuan mereka. Tuhan Yesus mengajar bahawa berbuat baik kepada musuh (Matius 5:44). Mari kita berubah supaya biarkan mereka makan dan minum orang yang memusuhi kita. Tahun baharu memerlukan individu yang menyediakan makanan dan minuman kepada orang yang memusuhinya. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 27.12.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment