1 Raja-Raja 3:2-3 (AVB) Akan tetapi, orang Israel masih mempersembahkan korban di bukit-bukit pemujaan, kerana sampai masa itu belum dibangunkan sebuah bait bagi nama TUHAN.
Salomo mencintai TUHAN, dia hidup menurut segala ketetapan Daud, ayahnya. Bagaimanapun, dia masih mempersembahkan korban dan membakar dupa di bukit-bukit pemujaan.
https://alkitab.app/v/37a012c78e06
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Bukit pemujaan" Pada zaman raja Salomo rakyat dan raja sendiri memberikan korban bakaran dan dupa di bukit-bukit pemujaan. Pada masa yang sama mempersembahkan korban kepada TUHAN juga. Tuhan Yesus mengajar kita bahawa seseorang tidak boleh menjadi hamba kepada dua tuan (Matius 6:24). Mari kita berubah supaya tidak lagi memberi persembahan dan dupa di bukit pemujaan. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 2.12.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment