1 Raja-Raja 20:23 (AVB) Para pegawai raja Aram berkata kepada raja, “Tuhan mereka tuhan gunung; maka sebab itulah mereka lebih kuat daripada kita. Tetapi jika kita berperang melawan mereka di tanah datar, pasti kita lebih kuat daripada mereka. Kopivosihan tahniah pasukan Argentina yang menjadi juara piala dunia FIFA 2022 buat kali yang ke tiga awal pagi tadi. Hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN gunung" Itulah kata jolokan orang Aram kepada TUHAN orang Israel, mungkin sebab pusat penyembahan mereka di puncak bukit dan gunung. Mereka kaitkan kemenangan pertama peperangan di tanah tinggi itu dengan TUHAN gunung. Tetapi TUHAN membuktikan bahawa Dia juga boleh memenangi peperangan di lembah. Tuhan Yesus memiliki kuasa di surga dan bumi (Matius 28:18), bukan hanya pada gunung atau lembah sahaja. Mari kita berubah supaya percaya TUHAN gunung itu ialah TUHAN yang berkuasa di surga dan bumi. Krismas memerlukan individu yang menyembah TUHAN gunung itu. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 19.12.2022.

Comments

Popular Posts