2 Raja-Raja 2:11-12 (AVB) Sementara mereka berjalan terus dan berbicara, tiba-tiba muncullah sebuah rata berapi dengan kuda berapi memisahkan kedua-duanya. Elia pun naik ke syurga dalam puting beliung.
Melihat hal itu, berserulah Elisa, “Bapaku, bapaku! Rata Israel dengan pasukan berkudanya!” Setelah itu, dia tidak melihatnya lagi. Direnggutnya pakaiannya dan dikoyakkannya menjadi dua.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Elisa melihat Elia naik ke surga" Elia dan Elisa berjalan bersama sebab Elisa mendesak mahu bersama, walaupun dia tahu Elia akan diangkat oleh TUHAN ke surga, perjalanan mereka dari Gilgal ke Betel ke Yerikho kemudian menyeberang sungai Yordan. Di seberang sungai, Elia diangkat ke surga dengan kereta kuda berapi. Elisa melihat peristiwa itu, para nabi lain tidak dapat melihat walaupun berada di sana. Tuhan Yesus naik ke syurga dilihat oleh para pengikut. Mari kita berubah supaya seperti Elisa melihat Elia naik ke syurga. Krismas memerlukan individu yang percaya Elia telah di angkat ke syurga. Damai sejahtera untuk kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 23.12.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment