2 Raja-Raja 11:17-18 (AVB) Yoyada mengikat perjanjian antara TUHAN dengan raja dan rakyat, bahawa mereka akan menjadi umat TUHAN, dan juga antara raja dengan rakyat.
Kemudian pergilah seluruh rakyat negeri ke kuil Baal dan merobohkannya. Mereka menghancurkan sama sekali mazbah-mazbahnya dan patung-patungnya serta menewaskan Matan, imam Baal, di depan mazbah-mazbah itu. Lalu Imam Yoyada mengangkat pengawas-pengawas atas Bait TUHAN.
Kopivosihan dan selamat tahun baharu 2023. Hari ini saya berkongsi tentang "Berjanji menjadi umat TUHAN" Imam Yoyada telah menyelamatkan kerajaan Yehuda daripada penyembahan Baal. Dia membunuh Atalya dan para imam Baal serta kuil-kuil Baal. Kemudian imam Yoyada mengikat perjanjian antara TUHAN dengan raja dan rakyat bahawa mereka akan menjadi umat-Nya. Tuhan Yesus sudah mengikat janji dengan kita bahawa siapa saja yang percaya kepada-Nya akan diselamatkan (Yohanes 3:16). Mari kita berubah supaya seperti imam Yoyada berjanji menjadi umat TUHAN. Tahun baharu memerlukan individu yang berjanji menjadi umat TUHAN yang setia. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 1.1.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment