2 Raja-Raja 8:26-27 (AVB) Ahazia berumur dua puluh dua tahun ketika dia menaiki takhta, dan dia bertakhta di Yerusalem selama satu tahun. Nama ibunya ialah Atalya anak Omri, raja Israel.
Dia hidup mengikuti jejak keluarga Ahab dan melakukan apa yang jahat di mata TUHAN, seperti yang dilakukan oleh keluarga Ahab, kerana dia seorang menantu dalam kalangan keluarga Ahab.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Melakukan apa yang jahat" Begitulah yang dilakukan oleh raja Yehuda melakukan apa yang jahat di mata TUHAN. Sebab dia menantu keluarga Ahab yang jahat itu. Keluarga mertua pun boleh mempengaruhi perbuatan menantu. Tuhan Yesus mengajar kita supaya menjadi garam dan cahaya dunia (Matius 5:13-15) tidak kiralah dalam lingkungan keluarga yang jahat atau baik. Mari kita berubah supaya tidak seperti raja Ahazia yang melakukan apa jahat di mata TUHAN. Tahun baharu memerlukan individu yang tidak melakukan apa jahat di mata TUHAN. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 29.12.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment