1 Raja-Raja 5:7-8 (AVB) Pada waktu Hiram mendengar kata-kata Salomo itu, dia sangat bersukacita. Katanya, “Segala puji bagi TUHAN pada hari ini, kerana Dia telah mengurniai Daud seorang anak yang bijak untuk mengetuai bangsa yang besar ini.”
Lalu Hiram mengirim utusan kepada Salomo, dengan pesan, “Aku telah mendengar pesan yang tuan kirimkan kepadaku. Akan kulakukan semua yang tuan kehendaki berhubungan dengan kayu araz dan kayu sanubar itu.
Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini saya berkongsi tentang "Raja Hiram" Raja Salomo memulakan pembinaan bait suci dengan mencari bahan kayu yang berkualiti dari Sidon, raja Sidon pada masa itu raja Hiram. Di sebalik kejayaan pembinaan bait suci ada raja lain yang menyokong raja Salomo iaitu raja Hiram. Tuhan Yesus pernah berkunjung di Sidon dan bertemu dengan seorang perempuan yang percaya kepada-Nya (Matius 15:21-28). Mari kita berubah supaya seperti raja Hiram menyokong pembinaan bait suci. Damai sejahtera untuk kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 4.12.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment