1 Raja-Raja 12:7-8 (AVB) Jawab mereka kepadanya, “Jika pada hari ini tuanku mahu menjadi hamba bagi rakyat, mengabdi kepada mereka, dan menjawab mereka dengan kata-kata yang baik, maka mereka akan menjadi hamba tuanku sepanjang waktu.” Akan tetapi, dia mengabaikan nasihat yang diberikan kepadanya oleh tua-tua itu, lalu berunding dengan orang muda yang membesar bersama-samanya dan yang melayani dia. Kopivosihan dan selamat beribadah, kemeriaan piala dunia FIFA semakin terasa, perlawan mencari empat pasukan terbaik sudah diketahui awal pagi tadi. Hari ini saya berkongsi tentang "Mengambaikan nasihat" Raja Rehabeam mengambaikan nasihat para tua-tua tentang permintaan rakyat agar tanggungan mereka dikurangkan. Malahan raja mendengar nasihat rakan sebayanya, supaya menambah beban rakyat. Akhirnya sepuluh suku meninggalkan kerajaan dan menubuhkan kerajaan lain. Tuhan Yesus ialah Penasihat Ajaib, TUHAN Perkasa, Bapa Kekal, Raja Damai (Yesaya 9:6). Mari kita berubah supaya tidak mengabaikan nasihat para tua-tua. Krismas memerlukan individu yang mendengar nasihat. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 11.12.2022.

Comments

Popular Posts