1 Raja-Raja 10:23-25 (AVB) Dalam hal kekayaan dan kebijaksanaannya, Raja Salomo melebihi semua raja di bumi. Orang dari seluruh bumi berikhtiar menghadap Salomo untuk mendengar kebijaksanaan yang diletak oleh Allah dalam hatinya. Tahun demi tahun mereka datang membawa persembahan masing-masing, iaitu barang perak, barang emas, pakaian, senjata, rempah-ratus, kuda, dan baghal. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menerima hadiah" Raja Salomo menerima hadiah daripada raja-raja yang berkunjung kepadanya untuk melihat keindahan istana, bait suci dan kebijaksanaannya. Tuhan Yesus sudah memberikan Roh Kudus yang menjadikan kita bijaksana supaya kehadiran kita membawa damai dan persahabatan. Mari kita berubah supaya seperti raja Salomo menerima hadiah bukan permusuhan. Krismas memerlukan individu yang menerima dan memberi hadiah. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 10.12.2022.

Comments

Popular Posts