1 Raja-Raja 21:25-26 (AVB) Memang belum pernah ada orang seperti Ahab, yang menjual diri dengan melakukan apa yang jahat di mata TUHAN kerana dipujuk oleh Izebel, isterinya.
Dia bertindak sangat keji dengan mengikuti berhala-berhala, sama seperti semua yang dilakukan oleh orang Amori, yang telah dihalau TUHAN di hadapan orang Israel.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Dipujuk oleh isteri" Isteri belahan jiwa suami begitu juga sebaliknya. Raja Ahab demikian jahatnya disebabkan pujukan isteri yang jahat, membunuh Nabot pemilik kebun anggur kemudian diberikan kepada raja. Tuhan Yesus membawa pengaruh yang sangat baik melalui ajaran-Nya, tentang kasih, mengasihi orang lain seperti diri sendiri (Matius 19:19). Boleh dikatakan telah mengubah masyarakat dunia menjadi lebih harmoni. Mari kita berubah supaya tidak dipujuk oleh isteri atau suami melakukan kejahatan. Krismas memerlukan individu yang tidak memujuk melakukan kejahatan. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 20.12.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment