1 Raja-Raja 18:40-41, 45 (AVB) Kata Elia kepada mereka, “Tangkaplah nabi-nabi Baal itu. Jangan biarkan terlepas seorang pun daripada mereka!” Mereka pun ditangkap, lalu Elia membawa mereka turun ke Sungai Kison dan menyembelih mereka di sana. Kemudian berkatalah Elia kepada Ahab, “Pergilah, makan dan minumlah, kerana sudah terdengar bunyi derau hujan.” Seketika sahaja langit menjadi gelap oleh awan dan angin, lalu turunlah hujan lebat. Ahab menaiki ratanya lalu pergi ke Yizreel. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Hujan turun" Selepas kebaktian di puncak gunung Karmel selesai dengan disaksikan rakyat korban bakaran Elia disambar api dari TUHAN, sedangkan korban bakaran para nabi Baal tidak ada api dari Baal menyambar korban itu. Para nabi Baal dibunuh oleh rakyat atas perintah Elia. Akhiran hujan pun turun mengakhiri kemarau panjang selama tiga tahun. Tuhan Yesus ibarat korban bakaran di gunung Karmel itu, membawa hujan kehidupan kepada kita. Mari kita berubah supaya percaya kepada korban bakaran itu. Krismas memerlukan individu yang datang beribadah di puncak gunung Karmel iaitu gereja untuk menyaksikan korban bakaran. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 17.12.2022.

Comments

Popular Posts