2 Raja-Raja 5:2-3 (AVB) Suatu waktu, orang Aram keluar dalam serangan mereka dan menawan seorang gadis kecil dari negeri Israel. Gadis itu kemudian berkhidmat bagi isteri Naaman. Kata gadis itu kepada cik puannya, “Sekiranya tuanku menghadap nabi yang di Samaria itu, maka pasti nabi itu menyembuhkan dia daripada penyakit kustanya.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Pasti disembuhkan" Ada seorang gadis kecil dari Israel yang bekerja di rumah seorang panglima tentera Aram yang berpenyakit kulit. Gadis itu mengatakan tuannya akan sembuh kalau berjumpa dengan nabi yang ada di Samaria. Dia begitu pasti. Akhirnya Tuannya yang bernama Naaman itu sembuh setelah berjumpa dengan nabi di Samaria. Mari kita berubah supaya seperti gadis kecil itu yang begitu pasti disembuhkan. Tahun baharu memerlukan individu yang pasti dia disembuhkan. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 26.12.2022.

Comments

Popular Posts