1 Raja-Raja 13:33-34 (AVB) Yerobeam masih tidak berbalik daripada jalannya yang jahat walaupun sesudah terjadinya peristiwa itu. Sebaliknya, dia mengangkat pula daripada kalangan rakyat imam untuk bukit pemujaan, dan melantik sesiapa sahaja yang mahu menjadi imam di bukit pemujaan.
Hal itu menyebabkan keluarga Yerobeam berdosa, sehingga mereka dilenyapkan dan dipunahkan dari muka bumi.
https://alkitab.app/v/c417bab3be86
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Yerobeam tidak bertaubat" Pada satu ketika seorang hamba TUHAN mengunjungi Yerobeam di Betel, dia menubuatkan tentang kehancuran mazbah di Betel, tetapi Yerobeam tidak bertaubat walaupun sudah melihat tanda ajaib tangannya kaku ketika mahu menangkap hamba TUHAN itu. Tuhan Yesus ialah tanda daripada TUHAN supaya kita bertaubat. Mari kita berubah supaya tidak seperti Yerobeam tidak bertaubat walaupun sudah melihat tanda. Krismas memerlukan individu yang bertaubat melihat tanda ajaib. Damai sejahtera untuk kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 12.12.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment