1 Raja-Raja 17:22-24 (AVB) TUHAN mendengar seruan Elia. Nyawa anak itu pun kembali ke dalam tubuhnya sehingga dia hidup lagi. Elia mengambil anak itu, membawanya turun dari bilik atas ke dalam rumah, dan menyerahkannya kepada ibunya. Kata Elia, “Lihatlah, anakmu hidup.” Kata perempuan itu kepada Elia, “Sekarang aku tahu bahawa engkau ini hamba Allah, dan firman TUHAN yang kaukatakan itu benar.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Perkataan Elia benar" Nabi Elia memberi tahu kepada raja Ahab akan berlaku kemarau panjang. Nabi Elia terpaksa pergi ke Sidon atas perintah TUHAN untuk mencari makanan. Di sana dia tinggal dengan seorang balu, kemudian anak lelaki balu itu meninggal. Tetapi TUHAN menghidupkan dia kembali selepas Elia berdoa. Akhirnya balu itu tahu Elia ialah seorang nabi, kerana perkataan Elia benar belaka. Kita boleh mempercayai Tuhan Yesus sebab perkataan Tuhan Yesus benar belaka. Mari kita berubah supaya seperti Elia perkataan Elia benar belaka. Krismas memerlukan individu yang berkata benar. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 16.12.2022.

Comments

Popular Posts