2 Raja-Raja 3:15-17 (AVB) Sekarang, jemputlah seorang pendendang bagiku.” Pada waktu pendendang itu bermain kecapi, turunlah kuasa TUHAN ke atas Elisa, lalu berkatalah dia, “Beginilah firman TUHAN, ‘Penuhkanlah lembah ini dengan parit,’ kerana beginilah firman TUHAN, ‘Kamu tidak akan melihat angin ataupun hujan, tetapi lembah ini akan dipenuhi air sehingga kamu, ternakanmu, dan binatangmu dapat minum.’ Kopivosihan selamat menyambut hari Krismas, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang "Turun kuasa TUHAN ke atas Elisa" Ketika muzik dimainkan turunlah kuasa TUHAN ke atas Elisa dan dia berkata-kata tentang air yang akan memenuhi lembah dan kekalahan raja Moab dalam peperangan di antara raja Israel yang dibantu oleh raja Yehuda dan raja Edom. Rupanya ada ketika raja Edom berbaik dengan raja Israel dan Yehuda. Muzik boleh menginspirasi kita seperti yang berlaku kepada Elisa malahan dia boleh bernubuat. Mari kita berubah supaya belajar menikmati muzik seperti Elisa turun kuasa TUHAN ke atas Elisa selepas menikmati muzik. Krismas memerlukan individu yang mahu belajar menikmati muzik. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 24.12.2022 "MERRY CHRISTMAS"

Comments

Popular Posts