1 Raja-Raja 8:9-11 (AVB) Tidak ada yang lain di dalam tabut itu kecuali dua loh batu yang diletakkan Musa di dalamnya di Horeb, ketika TUHAN mengikat perjanjian dengan orang Israel, setelah mereka keluar dari Tanah Mesir. Pada waktu para imam keluar dari Tempat Suci, tiba-tiba awan memenuhi Bait TUHAN lantas para imam tidak dapat berdiri untuk menyelenggarakan ibadat kerana awan itu berkilau-kilauan oleh kemuliaan TUHAN yang memenuhi Bait TUHAN. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Awan kemuliaan TUHAN" Ketika tabut diletakkan dalam bait suci yang dibina oleh raja Salomo, awan kemuliaan TUHAN meliputi ruangan sehingga para imam tidak dapat menyelenggara kebaktian. TUHAN berkenan dengan upacara itu. Tuhan Yesus melalui Roh Kudus yang tinggal dalam diri kita seperti awan kemuliaan TUHAN yang meliputi diri kita. Mari kita berubah supaya ada awan kemuliaan TUHAN dalam diri kita. Krismas memerlukan individu yang ada awan kemuliaan TUHAN. Damai sejahtera bagi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 7.12.2022.

Comments

Popular Posts