2 Raja-Raja 7:1-2 (AVB) Kata Elisa, “Dengarlah firman TUHAN. TUHAN berfirman begini, ‘Esok, pada waktu seperti ini, satu sukat tepung terbaik dan juga dua sukat barli akan dijual satu syikal di pintu gerbang Samaria.’” Tetapi perwira pengawal raja berkata kepada hamba Allah itu, “Sekalipun TUHAN membuat tingkap-tingkap di langit, dapatkah hal itu terjadi?” Jawab Elisa, “Sesungguhnya, engkau akan melihat hal itu dengan matamu sendiri, tetapi engkau tidak akan menikmatinya sedikit pun.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Esok ada makanan" Demikian maksud ungkapan Elisa kepada perwira pengawal raja ketika dia mahu menangkap Elisa untuk dipenggal leher, sebab raja marah kebuluran di kota Samaria akibat di kepung oleh tentera Aram. Kata-kata Elisa itu terjadi keesokannya sebab bala tentera Aram meninggalkan perkemahan apabila mendengar deruh kereta kuda yang kuat menuju kepada mereka. Tuhan Yesus memegang hari esok kita termasuk ekonomi dan makan minum. Mari kita berubah dan percaya esok ada makanan di pintu gerbang kota Samaria. Tahun baharu memerlukan individu yang percaya TUHAN menyediakan makanan. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 28.12.2022.

Comments

Popular Posts