1 Raja-Raja 11:1-3 (AVB) Di samping puteri Firaun, Raja Salomo turut mencintai ramai perempuan asing, iaitu perempuan Moab, Amon, Edom, Sidon, dan Het.
Mereka itu berasal daripada bangsa-bangsa yang telah difirmankan TUHAN kepada orang Israel: “Jangan kamu menikahi mereka dan jangan mereka bercampur-baur dengan kamu. Mereka pasti membuat hatimu menyimpang untuk mengikuti tuhan mereka.” Namun demikian, Salomo terpaut pada mereka kerana cinta.
Dia mempunyai tujuh ratus orang isteri keturunan bangsawan dan tiga ratus orang gundik. Lalu para isterinya itu menyesatkan hatinya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, lengkaplah sudah kabinet parlimen ke-15 Malaysia selepas diumumkan para timbalan menteri semalam oleh Perdana menteri ke-10. Hari ini saya berkongsi tentang "Salomo berdosa" Akhirnya raja yang bijaksana dan kaya-raya jatuh dalam dosa penyembahan, kepada dewa-dewa yang disembah oleh para isterinya. Isteri boleh jadi penguat iman boleh jadi penjatuh iman. Tuhan Yesus mengajar kita supaya menyembah TUHAN sahaja (Matius 4:10). Mari kita berubah supaya tidak seperti Salomo berdosa kerana para isteri. Krismas memerlukan isteri atau suami yang tidak membawa dosa dalam keluarga. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 10.12.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment