2 Raja-Raja 1:6 (AVB) Jawab mereka kepadanya, “Seorang datang menemui kami dan berkata kepada kami, ‘Pulanglah kembali kepada raja yang mengutus kamu, dan katakanlah kepadanya: Beginilah firman TUHAN, “Tidak adakah Allah di Israel sehingga engkau menyuruh orang mencari daripada petunjuk Baal-Zebub, tuhan Ekron? Oleh sebab itu engkau tidak akan turun lagi dari ranjang tempat engkau berbaring itu. Engkau pasti mati.”’” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, syukur kelmarin Krismas pelayanan kelompok Nodoropi berjaya dilaksanakan dengan Bishop PCS datang sebagi pengkhutbah dan penyempurna majlis. Hari saya berkongsi tentang "Tidak adakah TUHAN di sini?" Kisah raja Ahazia mencari petunjuk dari Baal-Zebub tuhan Ekron, selepas dia terjatuh dari bumbung istana, ditegur oleh nabi Elia. Tidak adakah TUHAN di Israel?. Tuhan Yesus TUHAN yang ada di sini, tidak perlu mencari tuhan Baal-Zebub. Mari kita berubah supaya tidak mencari tuhan lain tidak adakah TUHAN di sini? Krismas memerlukan individu yang tidak mencari tuhan lain tetapi hanya Tuhan Yesus sahaja. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 22.12.2022.

Comments

Popular Posts