1 Raja-Raja 14:8-9 (AVB) Aku telah mengoyakkan kerajaan itu daripada keluarga Daud dan memberikannya kepadamu. Tetapi engkau tidak seperti hamba-Ku Daud, yang berpegang teguh pada segala perintah-Ku dan yang hidup mengikuti Aku dengan segenap hatinya, sehingga dia hanya melakukan apa yang benar di mata-Ku. Sebaliknya, engkau telah berbuat jahat, lebih daripada semua orang yang ada sebelum engkau. Engkau pergi membuat bagi dirimu sembahan-sembahan lain serta patung-patung tuangan sehingga engkau membangkitkan murka-Ku, sementara Aku kaucampakkan ke belakangmu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Yerobeam lebih jahat" Menyembah patung-patung dan dewa dewi sangat jahat di mata TUHAN, lebih jahat daripada perbuatan zina dan pembunuhan yang dilakukan oleh raja Daud. Tuhan Yesus mengajar kita supaya menyembah dan beribadah kepada TUHAN sahaja (Lukas 4:8). Mari kita berubah supaya tidak seperti Yerobeam lebih jahat lagi daripada kejahatan orang lain. Krismas memerlukan individu yang tidak jahat. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 13.12.2022.

Comments

Popular Posts