Yesaya 66:17 (AVB) “Orang yang menyucikan dan membersihkan diri untuk masuk ke taman-taman, mengikuti seorang yang ada di tengah-tengahnya sambil memakan daging babi, binatang-binatang menjijikkan dan tikus – mereka itu akan dibinasakan bersama-sama,” demikianlah firman TUHAN. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Memakan daging babi" TUHAN menegur mereka yang menyucikan diri kerana mahu beribadah tetapi sambil memakan daging babi, binatang menjijikkan dan tikus, mereka ini akan dibinasakan. Konteks orang Israel memakan daging babi, binatang yang menjijikkan dan tikus adalah haram bagaimana mereka menyucikan diri sedangkan makanan haram tidak dijauhkan. Dalam konteks orang Kristian Tuhan Yesus mengajar supaya berdamai dengan orang lain sebelum memberi persembahan kepada TUHAN (Matius 5:24), kalau tidak berbuat seperti itu ibadah kita tidak diterima oleh TUHAN. Mari kita belajar bahawa tidak boleh sambil memakan daging babi, binatang yang menjijikkan dan tikus kalau mahu menyucikan diri untuk beribadah. Damai sejahtera di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 27.2.2024.

Comments

Popular Posts