Yesaya 60:21-22 (AVB) Seluruh pendudukmu orang benar, dan mereka akan memiliki negeri itu untuk selama-lamanya. Mereka adalah tunas yang Kutanam, buatan tangan-Ku, supaya Aku dipermulia. Yang sedikit akan menjadi suatu kaum, yang kecil akan menjadi suatu bangsa yang kuat. Aku, TUHAN, akan segera mewujudkannya pada waktunya.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Sedikit menjadi kaum dan kecil menjadi bangsa yang kuat" Nabi Yesaya bernubuat kepada bangsanya sendiri bahawa TUHAN akan menjadikan mereka yang sedikit menjadi kaum dan kecil bilangan menjadi bangsa yang kuat. Bukan sebab bangsa itu tetapi TUHAN sendiri berbuat demikian. Tuhan Yesus sudah menjadikan kita kaum dan bangsa yang kuat supaya menjadi saluran berkat kepada kaum yang lain. Mari kita belajar sedikit menjadi kaum dan kecil menjadi bangsa yang kuat di dalam Tuhan Yesus. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 21.2.2024.

Comments

Popular Posts